Review ARA EventHall @ Gaya Melawati Kuala Lumpur

Assalamualaikum semua 🙂

Hari ini KakMimie nak buat sedikit review satu tempat best dan menarik untuk dijadikan panduan semua yang berhajat mencari tempat yang sesuai untuk buat seminar, talk, kelas, mesyuarat dan sebagainya. Alhamdulillah KakMimie bersama geng Shaklee telah hadir ke ARA EventHall ini untuk bengkel Bina StoryBrand Blog anjuran upline gojess kami – Kak Lin Chalo dan Zulaikha.

Sebelum ini kami ada buat team building juga di Adelia’s Homestay Bandar Mahkota Cheras. Nyata, kami tak perlu gusar dan risau jika Kak Lin Chalo yang uruskan tempat. Tentunya sangat best, selesa, dan wow ! Hihi 🙂

Tempat seminar dan bengkel ini terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Tak susah nak cari sebab bersebelahan dengan highway MRR2 dan dekat juga dengan Zoo Negara dan Melawati Mall. Lagi pun KakMimie agak familiar dengan kawasan sini sebab ada pakcik yang duduk berdekatan Taman Melawati, tak lah sesat !

KEMUDAHAN FASILITI

ARA EventHall @ Gaya Melawati ini berada di tingkat 2. Kawasan parking luas dan banyak, ada juga supermarket dan kedai makan berdekatan. Namun, bengkel kami tempohari siap dengan pakej makan semua, tinggal bawa badan dan laptop saja 🙂

Antara kemudahan disediakan :

  • Meja dan kerusi
  • Aircond
  • Bilik kecil ( tempat solat )
  • Penapis air Coway ( boleh ulang-ulang top up air ! )
  • 2 bilik air
  • Projector
  • Screen layar putih
  • Mikrofon
  • Ruang makan di luar

Oh ya, tempat ini tidak mesra stroller ya bagi ada bawa anak kecil sebab tiada lif. Tempohari kami angkut stroller naik tangga saja, mujur ada yang bantu 🙂

Nah, jemput cuci mata gambar sekitar ARA EventHall @ Gaya Melawati.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge