Pengedar Shaklee Paling Aktif Di Hulu Langat

 

Kenali Saya

Nama diberi Aimie Muhamad Suyat. Mesra dipanggil Aimie atau KakMimie. Suri hati tuan suami Mustaffa Nor – tauke kambing bakar tempayan, hihi. Ummi kepada 3 orang cahaya mata, 2 perempuan dan seorang lelaki ( Maryam Azra – 4 tahun, Aisyah Jamilah – 3 tahun dan Umar Zayn – 6 bulan ) . Saya merupakan seorang guru di sebuah maahad tahfiz swasta dan menetap di Batu 18 Hulu Langat, Selangor.

Cerita Terjebak Dengan Shaklee

Saya pernah dengar nama Shaklee sekitar tahun 2010, tapi sekadar dengar sajalah. Tahun 2013 saya cuba-cuba makan dan akhirnya Julai 2014 saya daftar keahlian di bawah upline yang merupakan sahabat baik saya – Zulaikha Ali 🙂

Saya serah diri kepada upline saya yang sangat caring untuk belajar selok belok tentang bisnes Shaklee. Berkenalan dan sedut ilmu juga dengan super uplines yang sangat komited dan bersungguh dalam membangunkan bisnes Shaklee ini.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, saya perlu cari side income untuk tampung poket yang bocor. Alhamdulillah, dari seorang consumer menjadi SID – saya akhirnya memilih Shaklee sebagai part time bisnes. Moga Allah izin ia menjadi sumber utama pendapatan saya nanti. Ameen !

Sebab Saya Pilih Produk Shaklee

Saya hamil anak sulung pada tahun 2013. Ambil Shaklee celup-celup saja masa tue, budget tak cukup. Hihi..

Tengah malam, selalu kena simpul biawak. Kaki kejang sakit sangat, kadang menangis sendiri menahan sakit bila suami bertugas jadi warden di sekolah. Bacaan bp pun tak cantik, asyik naik saja.

Boleh baca pengalaman saya di sini : Pengalaman Sakit Kejang Kaki Semasa Hamil Anak Sulung.

Bila hamil anak kedua, saya terus konsisten ambil Set Kehamilan Shaklee. Tambah Omega Guard dan Garlic Complex untuk pastikan tekanan darah saya normal. Alhamdulillah, hamil anak kedua tak banyak masalah. Syukur sangat !

Saya terus konsisten dengan Shaklee hingga sekarang. Hamil dan berpantang pun dengan Shaklee juga. Kehamilan anak ketiga pun tiada masalah macam masa hamilkan yang sulung dulu.

Saya bertekad untuk bertukar sedikit demi sedikit kepada Shaklee. Saya yakin Shaklee selamat dan tidak merosakkan organ tubuh badan. Hampir kesemua produk saya dah cuba. Yang terkini produk skincare YOUTH. Best sangat tau ! 🙂

Shaklee Effects Yang Saya Dapat

Alhamdulillah, syukur atas nikmatMu yang tak terkira kepada hamba yang sering meminta-minta ini.

Shaklee effects bukan sekadar rasa bertambah sihat dan tahap kesihatan semakin baik, tetapi lebih daripada itu ! Ia membentuk sikap dan attitude saya sendiri. Daripada malu kucing kepada yakin diri. Dulu penyegan tak bertempat kini pandai sesuaikan diri dengan keadaan.

Syukur sangat dikelilingi mereka yang sangat positif dan disiplin dalam mencapai matlamat. Kita tumpang cedok ilmu sekali 🙂

Selain itu Shaklee juga ada menawarkan bonus dan insentif. Semua dah ada, tinggal kita nak buat bersungguh atau sambil lewa. Best kannn ?

Team Building I Am B.O.S

Jom Sertai Team Saya !

Ya, jom sertai team saya untuk capai matlamat anda dengan Shaklee ! 🙂 Nak buat full time boleh, part time pun boleh. Saya sedia coaching anda dengan penuh tanggung jawab.

Sediakan saja jiwa yang lapang, kemahuan yang kuat dan jiwa yang kental ! 🙂

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk Shaklee boleh terus hubungi saya tau. Klik saja ikon di bawah :

Saya juga menyediakan perkhidmatan,

COD di kawasan Hulu Langat ( Batu 9 Cheras hingga Sungai Lui ).

Kalau jauh, boleh pos ke seluruh Malaysia. Tiada masalah 🙂

Okay, selamat berkenalan semua ! <3

Aimie Suyat

ID 1161055

013 2293413

Hulu Langat

One thought on “Pengedar Shaklee Paling Aktif Di Hulu Langat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge