Resepi Nasi Ayam Thai Viral Versi Mudah

Assalamualaikum.

Resepi nie dah lama terperuk, tak terkongsi dalam blog ini. Resepi ini pernah viral dulu, dan KakMimie pun try jugalah mengikut versi sendiri – guna barang yang ada dalam fridge je, hihi..

Jom lah cuba buat bagi yang nak rasa kelainan pada nasi ayam kita yang biasa.

Suami suka, dok tanya bila nak buat lagi. Nanti hujung minggu kita buat lah ya 🙂

NASI AYAM THAI VIRAL VERSI KAKMIMIE

Bahan – bahan : 

Ayam – ikut suka berapa ketul.
4 batang akar daun ketumbar.
3 hiris halia.
Beras.
Sedikit garam.

Bahan sos / sambal :

3 tangkai cili merah.
2 biji cili api.
2 ulas bawang putih.
2 sudu besar taucu.
2 sudu besar kicap manis.
1 sudu kecil sos ikan.
Sedikit gula melaka.
Limau kasturi.
Daun ketumbar.
Gula ( jika perlu )

KakMimie sertakan gambar untuk mudah korang nak bayangkan, hihi 🙂

Cekidaut !

Rebus ayam dengan air, hirisan halia, akar ketumbar dan sedikit garam.
Lebihkan air pun takpe. Sebab air rebusan nak guna untuk masak nasi, sup, dan blend bahan sos.

Masa ?
Agak2 je lah sampai hampir masak ayam tue 
Sebab nanti ayam akan dimasak lagi sekali dengan nasi.

Tutup api bila ayam hampir masak. Toskan ayam dan boleh mula cuci beras.
KakMimie tunggu air rebusan ayam sejuk sikit, baru masak nasi macam biasa dengan air rebusan ayam tadi.

Letak ayam atas beras tau.
Kalau kurang gemar ayam rebus, boleh panaskan minyak dan goreng ayam ituu ! 
Tinggalkan sup sikit, nanti boleh makan dengan nasi.

Sukatan air dengan beras, ikutlah sukatan biasa kau orang masak nasi.
KakMimie guna beras herba, jadi memang kena extra 2 atau 3 pot air rebusan.

Beras ini lebih sihat daripada beras biasa, pilihan untuk mereka yang ada diabetes atau kencing manis sebab GI dia rendah – kena jaga paras gula dalam darah kann ?

Yeszaa, ini bahan untuk sambal.
Blend semua bahan dalam blender kecuali limau kasturi dan daun ketumbar.
KakMimie blend dengan sedikit air rebusan ayam tadi. Agak2lah banyak mana.
Ketumbar – hiris nipis.
Limau kasturi – ambil airnya.
Senang je ! 🙂

Tadaaaa, ini hasilnya.
Rasa lah sikit, then boleh adjust dan tambah2 ikut selera tekak masing2.
Taknak pedas, kurangkan cili.
Nak gelap sikit, buh kicap extra.
Nak manis sikit, buh gula.
KakMimie pun ada derhaka juga, top up ikut selera tekak.
Hihi 

Yang ini versi bubur.
Masa masak menu nie suami tak berapa sihat sebab kemalangan. Dalam mulut ada pecah sikit, dan tak boleh kunyah kuat sangat.
KakMimie ambil nasi + sup + air panas. Blend sekali.
Goreng telur + bilis mata biru + hias daun ketumbar.
Yummeyhhh ! 

Presentation tak cantik, sebab perut dah lapar sangat masa nie !
Boleh hidang dengan sayur kesukaan – salad, timun atau tomato.
KakMimie guna sayur yang ada dalam fridge je 

Selamat mencuba ya, resepi mudah je nie.

Luv, KakMimie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge