4 Cadangan Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

Setiap wanita pasti menginginkan yang terbaik buat bayi di dalam rahim kandungannya. Antara masalah yang ditakuti oleh wanita ketika hamil adalah hipertensi, diabetes, anemia, mabuk loya dan sebagainya. Walaubagaimana pun, setiap masalah yang datang sedikit sebanyak berkait rapat dengan amalan pemakanan semasa hamil.

Jom semak cadangan makanan berkhasiat untuk ibu hamil.ย Untuk kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan ๐Ÿ™‚

CADANGAN MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL

1# MAKAN REAL FOOD

Ya, pengambilan makanan sebenar adalah penting buat ibu hamil kerana makanan yang diproses tidak terjamin khasiat dan bahan kandungannya. Pilih ayam, daging, ikan dan sayuran serta buah-buahan segar untuk mencukupkan nutrisi tubuh badan. Semuanya atas pilihan diri sendiri, dan tentunya perlu memilih makanan yang tinggi khasiatnya.

Sebagi pilihan, blend buah mangga sendiri berbanding beli jus mangga yang ada di pasaran. Selain kandungan gula yang tinggi, bahan pewarna tiruan juga tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

 

2# CARA MASAK YANG BETUL

Tempoh kehamilan sangat mencabar bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit yang kerap datang menyinggah ketika hamil. Hadkan makanan yang bergoreng, sebaiknya pilih makanan yang dimasak dengan cara rebus, kukus, bakar atau panggang ๐Ÿ™‚

3# AMBIL SUMBER PROTEIN YANG CUKUP

Sumber protein seperti telur, ikan, dan ayam membantu untuk memberi rasa kenyang lebih lama untuk perut kita. Bila perut kenyang, rasa craving kepada sesuatu secara melampau dapat diatasi.

KakMimie pilih untuk minum protein soya ketika hamil. Selain rasa kenyang yang lama, kulit tambah halus mulusss tau ๐Ÿ™‚

4# PILIH BUAH ATAU KEKACANG UNTUK SNACK

Memang tidak dinafikan, ada ketika perut rasa lapar sepanjang masa ketika mengandung. Namun, kita perlu cepat-cepat set minda bahawa ia boleh dikawal. Kawalan minda tersebut dapat mengurangkan keinginan melampau untuk makan makanan yang tidak berkhasiat seperti jajan, makanan manis dan tinggi gula.

Pilih buah seperti epal, buah naga, oren dan sebagainya untuk dijadikan snack. Kekacang juga boleh dijadikan snack di antara waktu lunch dan dinner atau di antara sarapan dan lunch. Mudah je kann? ..

Selamat menempuh fasa kehamilan yang istimewa ๐Ÿ™‚

Luv, KakMimie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge