Resepi Masak Tempoyak Ikan Tenggiri

Musim durian ini, rugi rasanya tak buat tempoyak. Dapat durian masam atau buruk sikit dimakan ulat, cepat-cepat asing untuk dibuat tempoyak.

Alhamdulillah, hari ini Allah izin berkongsi rezeki di rumah mak – sebelah rumah je pun 🙂

Jadi dapatlah ambil beberapa jenis tanaman mak – daun kunyit, daun kesom untuk dicampak dalam masakan tengahari ini, hihi..

Al kisahnya, saja nak try masak tempoyak dengan ikan. Biasanya masak tempoyak likat melekat dengan udang dan daun kaduk. Memang tak pandang orang kalau dah start makan ! :p

Okay, jom kita terus kepada resepi dan bahan.

Bahan-bahannya :

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji cili api
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 sudu besar tempoyak ( adjust ikut suka nak banyak mana )
  • 2 helai daun kunyit disimpul
  • 2 batang serai diketuk
  • 8 keping ikan tenggiri
  • 6 cawan air
  • Daun kesom
  • Gula
  • Garam

Cara masak :

1. Tumbuk kasar bawang besar, cili api dan bawang putih. Kalau nak effect merah sikit, tumbuk cili merah dalam 3 batang.

2. Gaulkan sebati bahan tumbuk tadi dengan tempoyak.

3. Masak air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan bahan yang telah digaul dengan tempoyak tadi.

4. Bila telah mendidih masukkan daun kesom, daun kunyit dan serai yang diketuk. Perlahankan api.

5. Masukkan kepingan ikan tenggiri dalam periuk. Bila menggelegak, perasakan dengan gula dan garam.

6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Dah masuk ikan, tunggu mendidih.

Tadaaa, inilah hasil yang tak seberapa. Next time boleh buat lagi, tapi suami KakMimie tak berapa makan tempoyak ! :p

Okay, nanti uols boleh try tau. Bukan senang nak dapat tempoyak kalau musim durian dah habis nanti !

Selamat berkendurian dan bertempoyak 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge