ABOUT ME

Aimie Suyat
SID 1161055
013 2293413
FB : Aimie Suyat
COD kawasan Hulu Langat
Pos Laju dan Penghantaran melalui Gdex ke seluruh Malaysia.
=============================

Nama diberi Aimie Muhamad Suyat. Surihati Tuan Suami Mustaffa Nor, Ummi kepada 2 puteri solehah – Maryam Azra ( Jan 2014 ) dan Aisyah Jamilah ( Sept 2015 ) . Kini menetap di Hulu Langat Selangor.

Saya dilahirkan pada 26 Januari 1987 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Selangor bersama 4 adik beradik yang lain. Saya no 4 daripada 5 orang adik beradik.

Pendidikan awal bermula dari rumah – Mak dan Abah yang sangat komited mendidik kami tanpa jemu.

Saya pernah mendapat pendidikan di :

1. Tadika Al-Arqam Taman Sri Nanding

2. SK Dusun Tua

3. SK Lubok Kelubi

4. Raudhoh Tahfidz Al-Qur’an

5. SAM Hulu Langat

6. SAMT Tengku Ampuan Rahimah, Banting

7. Universiti Al-Azhar, Kaherah

8. Universiti Kebangsaan Malaysia

Saya merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah Tahfiz swasta di Hulu Langat. Dalam usaha menjadi pendidik yang komited, saya juga merupakan Pengedar Shaklee Malaysia dan baru berjinak dengan dunia blogger.

Suka menulis, suka sharing tentang pengalaman dalam kehidupan, tips kesihatan, parenting, resepi dan lain2.

Journey Of Life..

Ya, hidup kita adalah perjalanan menuju negeri abadi dan bertemu Pencipta.

Jemput follow blog saya 🙂